TAHUN 4- LATIHAN PENULISAN 1( NILAI-NILAI MURNI)
(BAHAGIAN C -NILAI MURNI)

NOTA: 1. Bahagian ini memerlukan murid memahami teks yang diberikan serta boleh membuat ulasan daripadanya. 2. Ulasan hendaklah jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks yang disediakan. 3. Murid harus menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas bersesuaian dengan teks. 4. Pada bahagian ini, teks yang dikemukakan terdiri daripada pantun, cerita pendek, puisi, berita catatan harian dan apa sahaja yang terdapat nilai murni di dalamnya. 5. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul adalah untuk mendapat markah yang tertinggi. 6. Murid hendaklah mengulas teks yang diberikan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 7. Ulasan yang ditulis hendaklah dalam satu perenggan sahaja. 8. Masa yang dicadangkan adalah selama 20 minit. 9. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah 10 markah.