real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Ujian Permata Pintar

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 4 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

JADUAL PENILAIAN SUMATIF 2 (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 16 May 2017 14:07

Perhatian:

· Ejaan dan Rencana (BM & BI) akan dijalankan pada tarikh di antara 15 - 16 MEI 2017.

· Diharapkan murid-murid dapat menghadirkan diri pada tarikh-tarikh penting di atas untuk  mengelakkan sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan prestasi kedudukan murid  dalam kelas dan kenaikan kelas untuk  tahun berikutnya .

· Semakan kertas jawapan bersama murid (kertas yang telah ditanda oleh guru) akan dijalankan pada 12 JUN – 16 JUN 2017, oleh itu murid-murid dinasihatkan hadir ke sekolah untuk  membuat semakan dan perubahan markah sekiranya ada.

· Aktiviti kokurikulum ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

· Sebarang perubahan markah tidak akan diterima selepas perbincangan bersama guru mata pelajaran berkenaan kecuali atas alasan tertentu (tidak hadir dan lain-lain).

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN , SEMOGA BERJAYA DAN TERUS CEMERLANG

 

TERIMA KASIH

 
Simpan tarikh ini di kalendar anda... PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi, Mohamad Faiq   
Tuesday, 11 April 2017 14:30

 
Pencarian Pelajar Pintar dan Berbakat (Ujian UKM1) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 20 March 2017 11:38

Pihak sekolah mensasarkan kesemua murid SK Seri Bintang Utara berusia 8-12 tahun untuk mengambil ujian ini. Adalah diharapkan ibu bapa yang mempunyai akses kepada talian internet dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk menduduki ujian tersebut bagi mengisi waktu cuti sekolah ketika ini. Pautan ke laman berkaitan boleh dirujuk pada sebelah kiri laman web sekolah. Ibu bapa dan murid diminta membaca dengan teliti maklumat yang diberikan sebelum memulakan ujian.

 

Last Updated on Monday, 20 March 2017 11:56
 
Bintang Kecemerlangan Tahun 6 PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Monday, 20 March 2017 11:34

Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai kesemua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 4 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi ujian/penilaian yang seterusnya.

 
Hana Johan Tilawah al-Quran Zon Pudu PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 20 March 2017 11:27

11 Mac 2017 (Sabtu) - Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2017 peringkat zon Pudu telah dijalankan di SK Bandar Tun Razak 1. Antara yang dipertandingkan adalah Tilawah al-Quran, Hafazan dan Bercerita. Tahniah kepada wakil sekolah, adik Hana Batrisyia, murid tahun 5 yang muncul Johan bagi pertandingan Tilawah al-Quran kategori perempuan. Adik Hana akan mewakili zon Pudu ke pertandingan peringkat negeri. Sama-sama kita doakan kejayaan murid ini.

Last Updated on Monday, 20 March 2017 12:09
 
JADUAL PENILAIAN SUMATIF 1 (PENILAIAN PERTENGAHAN SEM 1/2017) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 09 March 2017 11:46

PERHATIAN :

 

  1. Kedudukan dalam kelas diambil kira berdasarkan mata pelajaran teras sahaja.
  2. Sesi pembelajaran akan dijalankan seperti biasa kecuali masa yang melibatkan peperiksaan .
  3. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri, kerana peperiksaan ini diambil kira bagi proses kenaikan kelas tahun seterusnya dan peratus mata pelajaran terbaik pada akhir tahun.
 
Pelancaran Program NILAM dan Reading Rocks PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 09 March 2017 08:50

6 Mac 2017 (Isnin) - Majlis perasmian Program NILAM anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Program Reading Rocks anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Antara tentatif program adalah ucapan perasmian, penyampaian hadiah kepada kelas yang terbanyak membuat pinjaman buku, resensi buku baru oleh pengawas pusat sumber dan motivasi oleh Puan Teoh Choon Eon, pengarang buku kanak-kanak.

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Berikut adalah pengiktirafan yang diberikan kepada murid yang membaca buku bagi jumlah-jumlah tertentu :

Reading Rocks pula merupakan program yang bertujuan memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Antara pengisian program pada hari Isnin yang lalu ialah Story Telling Session bersama Mdm Teoh dan Writing Workshop.

'Generasi membaca, generasi berilmu'

Gambar sekitar majlis di sini.

Last Updated on Thursday, 09 March 2017 11:40
 
Skuasy dan badminton harum nama sekolah PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 09 March 2017 07:44

27 Feb (Selasa) - Tahniah kepada adik Pradeep Dev (6 Cemerlang) dan adik Irfan Aqil (4 Bestari) kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam sukan skuasy dan badminton. Dalam sukan skuasy, Pradeep Dev telah muncul sebagai Johan Negeri dan akan mewakili Wilayah Persektuan Kuala Lumpur ke peringkat MSSM. Irfan Aqil pula muncul jaguh dalam sukan badminton apabila berjaya memenangi pingat perak bagi acara beregu dan pingat gangsa bagi acara perseorangan, juga pertandingan di peringkat negeri.

Tahniah atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga SKSBU akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum. Majulah sukan untuk semua.

Last Updated on Thursday, 09 March 2017 22:23
 
Selamat Bersara Puan Laila PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 07 March 2017 11:14

28 Feb 2017 (Selasa) - Puan Norlaila Abu Samah merupakan salah seorang guru yang lama berkhidmat di SK Seri Bintang Utara. Beliau mula berkhidmat ketika SKSBU masih dikenali sebagai BBGS(1) yang terletak di Jalan Bukit Bintang ketika itu. Hampir 19 tahun menabur bakti di SKSBU, persaraan beliau sudah pasti memberi impak yang besar kepada sekolah. Sekolah telah kehilangan seorang guru yang begitu komited dan dedikasi serta sangat berpengalaman dalam mata pelajaran Matematik. Selamat bersara Pn Laila. Jasamamu sentiasa dalam ingatan.

Gambar sekitar majlis di sini.

Last Updated on Tuesday, 07 March 2017 13:04
 
Ujibakat #2 PDF Print E-mail
Written by Naqib Ibrahim   
Thursday, 02 March 2017 10:48

 

Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan ujibakat untuk pasukan Action Song dan Choral Speaking akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut;
1. Ujibakat Action Song
Tempat: Bilik Multimedia
Tarikh: 3 Mac 2017
Masa: 12 tghari
2. Ujibakat Choral Speaking
Tempat: Bilik Performing Arts
Tarikh: 3 Mac 2017
Masa: 12 tghari
Murid-murid tahun 3 dialu-alukan untuk mencuba bakat dalam pasukan Action Song manakala ujibakat untuk Choral Speaking dibuka kepada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Miss Goh (Action Song) dan Mr Naqib (Choral Speaking). Terima kasih.
 
Pengarah Pendidikan Rasmi Mesyuarat PIBG PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 02 March 2017 10:05

25 Feb 2017 - Buat julung kalinya, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Ybhg. Dato' Hjh Foziah Bt Buang, berkesempatan untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bintang Utara kali ke-43. Intipati ucapan Dato' Pengarah antaranya meminta kerjasama ibubapa untuk terus memberi sokongan kepada pihak sekolah terutamanya dalam membentuk sahsiah dan peribadi murid dan bukan sekadar mementingkan prestasi akademik semata-mata.

Dalam majlis tersebut, Dato' Pengarah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada 2 orang guru yang telah berjasa dalam PIBG iaitu Pn Norlaila dan Pn Ng yang akan bersara pada tahun ini. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada YH Dato' Wasi Khan, Group CEO Armada Holdings dan wakil Jakel Trading yang banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Turut diadakan dalam majlis yang sama iaitu perasmian surau Raudhatul-Ilmi yang telah dinaik taraf bagi keselesaan murid SKSBU hasil sumbangan beberapa pihak bertanggungjawab.

Seterusnya agenda diteruskan dengan Mesyuarat PIBG yang dipengerusikan oleh En. Md Fauzee B Ishak (YDP PIBG) sesi 2016/2017. Pelbagai isu telah dibincang dan beberapa keputusan turut dicapai. Selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan pembubaran dan pelantikan AJK PIBG yang baru. Tahniah sekali lagi kepada En Md Fau'zee yang terus diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG untuk sesi 2017/2018. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut beliau dilantik jawatan tersebut. Tahniah juga kepada En Hakim Hamzah, NYDP serta AJK-AJK yang menampilkan gandingan baru dan lama.

Lagi gambar sekitar majlis di sini.

Senarai barisan AJK PIBG di sini.

 

Last Updated on Thursday, 02 March 2017 10:39
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini87
mod_vvisit_counterSemalam305
mod_vvisit_counterMinggu Ini2570
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2723
mod_vvisit_counterBulan Ini11446
mod_vvisit_counterBulan Lepas16562

We have: 4 guests online
Sekarang: 28/05/2017 08:50
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.