Info


  • Sesi persekolahan tahun 2020 dimulakan secara rasmi pada hari ini 2 Januari 2020. Majlis dimulakan dengan taklimat daripada wakil guru bertugas, Pn Sareah bt Arshad diikuti dengan nyanyian 3 rangkaian lagu serta bacaan ikrar. Seterusnya, Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Pn Noriah bt Hj Ismail mengalu-alukan kedatangan murid-murid SK Seri Bintang Utara terutamanya anak-anak bongsu PraSekolah dan Tahun 1. Beliau mengingatkan kembali tentang peraturan-peraturan dan aspirasi sekolah bagi tahun 2020 sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Beliau juga memperkenalkan Pengawai Perhubungan Sekolah SKSBU, Kpl Mohd Hazri bin Ab. Halim, dari Balai Polis Cheras. 

    SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan mengharapkan kecemerlangan sekolah dapat diteruskan sesuai dengan slogan "Committed Towards Excellence".

    Galeri album hari pertama persekolahan 2020 boleh diakses di sini

  • The English panel of SKSBU will have the HIP Let’s read & share book review video competition in conjunction with the Worldbook & Copyright Day 2021. It is compulsory for all Year 1 till Year 6 pupils.








  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 23 April 2020(Khamis) akan diadakan program SBU: Kota Buku Kecilku bersempena dengan program Jom Membaca 10 minit serentak satu Malaysia dan Bulan Dekad Membaca pada bulan April. Justeru, pihak Pusat Sumber SK Seri Bintang Utara menggalakkan untuk anak- anak menyertai program ini dengan membaca selama 10 minit bersama ahli keluarga.

    Selain itu, PSS SKSBU dan Unit ICT SKSBU akan mengadakan pertandingan bersempena dengan program jom membaca 10 minit ini.. Murid-murid boleh merakam moment membaca dan menghantar gambar tersebut berserta kapsyen menarik atau merakam video membaca.. Hadiah menarik menanti anda!!😊😊

    Link gambar- http://gg.gg/gambarSBUmembaca

    Link video - http://gg.gg/videoSBUmembaca

    Koleksi video Jom Baca Guru-guru SKSBU - http://gg.gg/JomBacaSBU 

    Murid - murid hanya boleh memuat naik gambar dan video menggunakan dengan ID Google Classroom sahaja.

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 April 2020(Jumaat)
  • Assalammualaikum & salam sejahtera. Pihak sekolah meminta semua murid Tahun 3,4,5 & 6 mendaftar masuk ke kumpulan kelas dalam talian Google Classroom unit Kokurikulum G masing-masing.

    Untuk makluman, Kokurikulum secara atas talian akan bermula pada 26-30 Oktober 2020 untuk murid-murid Tahun 4 hingga 6 bagi aktiviti Unit Badan Beruniform.

    Murid-murid akan diberikan tugasan dalam bentuk kuiz, video, tugasan amali ataupun nota. Kehadiran murid diambilkira setelah menyiapkan tugasan dalam tempoh seminggu mengikut minggu Kokurikulum dijalankan.

    Berikut merupakan Kod Kelas (Class Code) Google Classroom.

  • Majlis pelancaran Ihya' Ramadan SK Seri Bintang Utara 2021 telah dijalankan pada 5 April 2021 bersamaan pada hari Isnin bertempat di Laman Surau SKSBU. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSBU, Pn Noriah Binti Hj Ismail.

    Seramai 30 orang murid terlibat terdiri daripada 27 orang murid tahun 6 dan 3 orang murid tahap 1. Antara aktiviti yang akan dijalankan di dalam program ini ialah Tadarus Al-Quran untuk murid tahap 2 , diari Ramadan untuk murid tahap 1 dan majlis Khatam Al-Quran untuk murid tahun 6 yang telah khatam sepanjang bulan Ramadan ini.



    Untuk melihat gambar sepanjang aktiviti, sila klik disini 
  • Salam sejahtera.
    Hasil mesyuarat pihak Pengurusan Tertinggi JPWPKL, setelah mengambil kira jumlah kes COVID- 19 yang masih tinggi di kawasan WP kuala Lumpur dan masih Zon Merah, JPWPKL meminta sekolah-sekolah di wilayah menangguhkan pemulangan buku teks dan Sijil Tamat Sekolah Rendah bagi murid-murid Tahun 6 ke Tahun 2021. Tarikh baharu akan dimaklumkan kepada para ibu bapa/penjaga untuk pemulangan tersebut.

    Namun begitu, sekiranya murid ditawarkan belajar ke sekolah khusus dalam tempoh tahun 2020, dokumen yang diperlukan akan diberikan kepada murid tersebut. Bagi murid yang mendapat tawaran belajar di sekolah luar negara atau di sekolah-sekolah khusus tersebut, Ibu bapa/penjaga murid tersebut perlulah berhubung terus dengan guru kelas masing-masing.

    Tarikh dalam mesej hebahan sebelum ini adalah terbatal

    Harap maklum.

  • Pada Sabtu 28 Mei 2022, pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 secara bersemuka dengan mengikut Standard Pengoperasian yang telah ditetapkan. Penglibatan ibubapa sangat menggalakkan. Untuk melihat gambar sekitar mesyuarat diadakan boleh klik disini.

    Barisan Ahli Jawatankuasa Bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :

    1.      

    Noriah binti Hj Ismail

    PENASIHAT

    2.      

    Normaziyah binti Setapa

    YDP

    3.       

    Zuhaida binti Yusoff

    NYDP

    4.       

    Noorasiah binti Ab Rahman

    SETIAUSAHA

    5.       

    Siva Sanggari a/p Ramalinggam

    BENDAHARI

    6.       

    Mohd Redzuan bin Mohd Daud

    AJK IBU BAPA

    7.       

    Julia binti Baseri

    AJK IBU BAPA

    8.       

    William Norris

    AJK IBU BAPA

    9.       

    Fareen Shazli bin Ali

    AJK IBU BAPA

    10.    

    Nuroll Azrin binti Kamaroll Zaman

    AJK IBU BAPA

    11.    

    Sareah binti Arshad

    AJK GURU

    12.    

    J. Saira Banu binti Jinnah

    AJK GURU

    13.    

    Mohamad Taufiq Bin Jamal

    AJK GURU

    14.    

    Mohamad Faiq bin Abdul Ghani

    AJK GURU

    15.    

    Muhammad Nadzrin bin Anuwar

    AJK GURU

    16.    

    Muhammad Azzamuddin bin Ahmad

    AJK GURU

    17.    

    Hakim bin Hamzah

    JURU AUDIT 1

    18.    

    Hu Pak Lim

    JURU AUDIT DALAMAN

    https://www.sksbu.com/v8/images/2022/Galeri/PIBG 2022.png

     





  • Pada 22 April 2021 bersamaan pada hari Khamis, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara telah menyertai "Program Jom Baca  Bersama 10 Minit 2021" yang diadakan serentak di seluruh negara. Selain itu pihak Pusat Sumber sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk untuk melancarkan Program Nilam peringkat sekolah. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSBU iaitu Pn Noriah Binti Hj Ismail.

    Program Jom Baca Bersama 10minit yang diadakan serentak seluruh negara.

    Guru Besar merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah.

    Murid-murid SKSBU menjayakan Program Jom Membaca Bersama 10minit 2021

    Untuk melihat gambar-gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan boleh klik disini.






  • Sukacita dimaklumkan, sesi persekolahan akan bersambung semula pada Rabu, 15 Julai 2020. Murid-murid tahun 5 & 6 akan kembali ke sekolah pada tarikh tersebut manakala murid-murid yang lain di tahun 1, 2, 3 dan 4 akan meneruskan pembelajaran di bilik darjah bermula 22 Julai 2020. Berikut disertakan surat makluman, video simulasi, maklumat-maklumat berkaitan dan pautan jadual waktu;

    Tonton video simulasi di bawah untuk memudahkan tatacara perekodan kehadiran dan bacaan suhu murid-murid.

    Penggunaan 'QR code keychain' bagi merekodkan kehadiran dan bacaan suhu murid-murid;




    Klik di sini untuk lihat dan muat turun jadual waktu siri khas normal baru tahun 2020.





  • Klik pautan berikut untuk maklumat berkenaan pembukaan semula sekolah:
    Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah
    Pengumuman Pembukaan Semula Sekolah Oleh YB Menteri Kanan Pendidikan
    Terkini:
    Waktu Persekolahan SK Seri Bintang Utara 2021
    Surat Makluman Pembukaan Sekolah
    Kenyataan Media KPM: Pemakaian Pakaian Seragam*
    *Murid-murid SKSBU disarankan memakai pakaian seragam, pilihan baju T berlogo sekolah jika tiada
    Akan Dikemaskini:
    Jadual Waktu Kelas Siri 1 2021
  • Untuk menambahbaik tatacara kehadiran & bacaan suhu menggunakan kod QR murid, unit ICT SK Seri Bintang Utara telah mengenal pasti langkah-langkah berikut. Patuhi prosedur di bawah untuk melancarkan pendaftaran kehadiran murid ke sekolah mulai Khamis 16 Julai 2020.


  • Klik pautan berikut untuk:
    Muat Turun Manual Pengguna Sistem Pendaftaran
    Pendaftaran Atas Talian untuk Tahun 1 Sesi 2022/2023*
    *Bermula 1 Mac 2021


  • Klik pautan berikut untuk mendaftar:
    Unit Beruniform (Murid Tahun 4 Sahaja)
    Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan (Murid Tahun 3 Sahaja)
    Pendaftaran akan dibuka pada hari Sabtu 20 Februari 2021, pada pukul 10 pagi dan ditutup pada hari Ahad 21 Februari 2021 pukul 5 petang. Terima kasih.
  • Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
    Ibu bapa murid Tahun 6 yang ingin memohon sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) boleh memuat turun borang permohonan pada pautan ini.

    Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan pencetak boleh mengambil borang tersebut di pejabat sekolah.

    Ibu bapa hanya boleh memilih satu pilihan untuk KRK dan KAA.

    Borang- borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan kepada guru kelas masing-masing atau di pejabat sekolah sebelum 30 Oktober 2020.

    Sekian Terima Kasih.
  • Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2019/2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018.

    Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
    Kemasukan Tahun 2019 Kemasukan Tahun 2020
    Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014

    Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2019/2020

    Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :

    public.moe.gov.my

    Penting !!!!!
    ♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

    Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. 

    Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
    1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Dokumen Asal berserta 1 salinan)
    2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Dokumen Asal berserta satu salinan KP ibu dan bapa)
    3. Sijil lahir kakak/abang yang bersekolah di SK Seri Bintang Utara.
    4. Surat nikah / surat cerai (Dokumen Asal dan 1 salinan)
    5. Salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu/bil astro untuk bukti tempat tinggal.
    6. Sampul surat berwarna putih dan beralamat sendiri (saiz 4x9/11.5cmx24.5cm) bersetem RM1
    7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
    8. Salinan imunisasi bahagian suntikan dan Surat Akuan Suntikan

    Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini.

    Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019/2020 

    Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.


  • Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2021/2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.

    Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
    Kemasukan Tahun 2021 Kemasukan Tahun 2022
    Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016

    Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2021/2022

    Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :

    public.moe.gov.my

    Penting !!!!!
    ♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

    Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. 

    Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
    1. Borang Permohonan Tahun 1 dicetak dari Sistem Permohonan Atas Talian (Online)
    2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Dokumen Asal berserta 1 salinan)
    3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Dokumen Asal berserta satu salinan KP ibu dan bapa)
    4. Surat nikah / sijil daftar perkahwinan (Dokumen Asal dan 1 salinan)
    5. Surat cerai & perintah hak jagaan anak (Hadhanah/Custodial right) - Jika berkenaan
    6. Salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu/bil astro untuk bukti tempat tinggal.
    7. Sampul surat berwarna putih dan beralamat sendiri (saiz 4x9/11.5cmx24.5cm) bersetem RM1

    Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini.

    Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022 

    Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

774983
Hari IniHari Ini43
SemalamSemalam448
Minggu IniMinggu Ini1692
Bulan IniBulan Ini8415