Blog

Warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan tahniah kepada kumpulan murid FARZANA BINTI MD.AZHAR, ALYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN, NUR ARIANA QISTINA BINTI SHAMSUR IMRAN dan SANIYYAH BINTI SHAH JAHAN atas kejayaan menjadi Johan Cha-Ching Curriculum Comic Competition 2019 anjuran Prudence Foundation. Program Cha-Ching merupakan program kurikulum tambahan yang didokong oleh Prudence Foundation dan JA Malaysia. Murid-murid tahun 5 diberikan pendedahan tentang pendidikan kewangan sewaktu mata pelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas.
Bagi tahun 2019, kumpulan murid tersebut berjaya menjadi Johan melalui komik lakaran mereka di bawah bimbingan Puan Hu Pak Lim. Diharapkan kejayaan mereka menjadi teladan kepada seluruh warga SKSBU untuk sentiasa berani mengambil peluang dan mencuba. Tahniah kumpulan murid  FARZANA BINTI MD.AZHAR, ALYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN, NUR ARIANA QISTINA BINTI SHAMSUR IMRAN dan SANIYYAH BINTI SHAH JAHAN!
Warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan tahniah kepada murid MUHAMMAD MUQRI AFKAR BIN MOHD YUSOF atas kejayaan menjadi Johan Program Syoknya Belajar Di Rumah anjuran Pusat STEM Negara. Murid tersebut telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai program tersebut dengan dorongan ibubapanya. Diharapkan beliau menjadi teladan kepada seluruh warga SKSBU untuk sentiasa berani mengambil peluang dan melangsungkan pembelajaran tanpa batasan pada setiap masa. Tahniah MUHAMMAD MUQRI AFKAR BIN MOHD YUSOF!
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

293303
Hari IniHari Ini2
SemalamSemalam781
Minggu IniMinggu Ini1588
Bulan IniBulan Ini12448