Blog
5 Feb 2018 - Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100 bagi setiap seorang murid sekolah kerajaan yang layak mengikut syarat kriteria kelayakan terima bantuan awal persekolahan 2018. Sehubungan itu, Ibu bapa/penjaga yang layak telah hadir ke sekolah bagi menerima bantuan tersebut. Bantuan Persekolahan RM100 setiap murid sekolah dari keluarga berpendapatan rendah ini diberikan setiap tahun kepada murid yang layak. Bantuan ini telah disampaikan oleh YH Dato’ Wasi Khan bin Israr Ahmad (CEO Armada Holdings) di iringi oleh YDP PIBG En. Md Fau’zee bin Ishak dan Guru Besar SKSBU Pn. Noriah binti Ismail. Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan ini berlangsung di Laman Bestari pada pukul 10.40 hingga 11.30 tengah hari.




Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

270298
Hari IniHari Ini235
SemalamSemalam405
Minggu IniMinggu Ini2356
Bulan IniBulan Ini9903