Pada 21 Mei 2020, pihak Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Seri Bintang Utara bersama pentadbir SKSBU berbesar hati menyampaikan sumbangan  Tabung Prihatin Covid 19 Sempena Aidilfitri kepada keluarga yang memerlukan. Sumbangan diberikan termasuk bahan makanan asas, minuman dan sejumlah wang. Untuk makluman, sesi pada hari ini adalah rentetan penyampaian sumbangan yang telah dilangsungkan secara lawatan ke rumah dan pengambilan setempat. Pihak PIBG SK Seri Bintang Utara mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan seluruh warga SK Seri Bintang Utara kepada Tabung Prihatin Covid 19 PIBG SK Seri Bintang Utara. Pihak PIBG juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa dan sukarelawan terlibat yang telah mengembeling tenaga mendapatkan bekalan dan mengedarkan sumbangan kepada penerima sumbangan.
Di kesempatan ini, pihak Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Seri Bintang Utara ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SK Seri Bintang Utara. Semoga Syawal ini penuh bermakna walaupun kelaianan norma.