Blog

Pada 30 Jun 2020, SK Seri Bintang Utara telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis diadakan untuk memberi penghormatan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun perkhidmatan 2019. Kebiasaannya, majlis sebegini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan namun diubah kepada skala lebih kecil di peringkat sekolah demi menyambut keperluan pematuhan norma baru. Majlis dipengerusikan oleh En Mohd Syahir Abd Wahab dan Pn Hafizah Mohd Yusop. Anugerah telah disampaikan oleh Guru Besar SKSBU, Pn Noriah Bt Hj Ismail. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua 6 penerima anugerah. Pengiktirafan dan penghargaan diharap mampu terus menyuntik semangat bagi meneruskan kejayaan dan kegemilangan SK Seri Bintang Utara.

Galeri gambar akan menyusul...
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

270292
Hari IniHari Ini229
SemalamSemalam405
Minggu IniMinggu Ini2350
Bulan IniBulan Ini9897