SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Pengurusan dan Pentadbiran



  • Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2021/2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.

    Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
    Kemasukan Tahun 2021 Kemasukan Tahun 2022
    Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016

    Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2021/2022

    Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :

    public.moe.gov.my

    Penting !!!!!
    ♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

    Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. 

    Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
    1. Borang Permohonan Tahun 1 dicetak dari Sistem Permohonan Atas Talian (Online)
    2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Dokumen Asal berserta 1 salinan)
    3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Dokumen Asal berserta satu salinan KP ibu dan bapa)
    4. Surat nikah / sijil daftar perkahwinan (Dokumen Asal dan 1 salinan)
    5. Surat cerai & perintah hak jagaan anak (Hadhanah/Custodial right) - Jika berkenaan
    6. Salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu/bil astro untuk bukti tempat tinggal.
    7. Sampul surat berwarna putih dan beralamat sendiri (saiz 4x9/11.5cmx24.5cm) bersetem RM1

    Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini.

    Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022 

    Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.

  • 18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.


  • Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
    Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
    Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa. 
    Galeri gambar dan video program di sini.

  • 27 Apr 2019 - Tahniah Rumah Prouse (Ungu) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-55 yang berlangsung baru-baru ini.
  • Kelab Guru & Kakitangan SK Seri Bintang Utara merakamkan ucapan terima kasih & Selamat Hari Guru kepada Warga SKSBU serta semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2020.
  • 03 Mei 2019 -Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan. Hari Guru tahun ini disambut meriah dengan guru-guru memperagakan pakaian etnik antarabangsa. Acara bermula pada pukul 10.00 pagi dengan para guru berarak ke pentas untuk nyanyian lagu 'Guru Malaysia', bacaan ikrar dan pemotongan kek. Majlis diteruskan dengan beberapa buah persembahan nyanyian dari murid-murid dan guru. Beberapa anugerah telah disampaikan iaitu Kehadiran Penuh Guru Tahun 2018, Buku Rekod Mengajar Terbaik, Kehadiran Paling Awal dan Pakaian Tema Terbaik. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga menjadi inspirasi kepada guru-guru lain. Selesai majlis di Laman Bestari bersama murid-murid, agenda seterusnya adalah sesi jamuan dan bertukar-tukar hadiah antara guru.

    Tahniah juga kepada staf sekolah yang bertukar keluar atas kenaikan pangkat sebagai ketua kerani iaitu Puan Monalisa Bt AG Besar. Semoga terus maju di tempat baru. Beliau turut diraikan dalam majlis pada hari ini.

    Galeri Foto di sini.

  • 18 Jun 2019 (Selasa) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah yang dibawa oleh warga sekolah terutamanya murid-murid. Turut memeriahkan sambutan apabila PIBG berbesar hati menyumbang makanan berupa ayam goreng pada hari berkenaan. Kemeriahan hari raya dirasai dengan adanya hiasan pentas bertemakan keindahan beraya di suasana kampung. Terima kasih kepada Cikgu Faiq dan pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyiapkan hiasan tersebut. Selesai sesi di sebelah pagi bersama murid, di sebelah petang pula, satu sesi jamuan 'Rumah Terbuka' telah diadakan dengan jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu dan Guru Besar sekolah-sekolah berhampiran. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua yang sudi meluangkan masa. 

    Lihat kemeriahan suasana Hari Raya di sini.

  • 31 Jan 2019 - SK Seri Bintang Utara sekali lagi menjadi tuan rumah untuk tahun yang kedua dalam penganjuran Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Pudu. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 Jan sehingga 31 Jan 2019. Kejohanan kali ini melibatkan 21 buah pasukan lelaki dan 17 buah pasukan perempuan. Tahniah kepada jawatankuasa yang bertugas dalam memastikan kejohanan berjalan dalam suasana yang lancar dan tersusun. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Kejohanan pada kali ini menunjukkan kehebatan SK Jalan Peel yang meraih kejuaraan berganda apabila memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

    Klik sini untuk melihat aksi-aksi perlawanan yang berlangsung semasa peringkat separuh akhir.
  • Khamis 13 Februari 2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Hamisah bt Jamaluddin, Ketua Pembantu Tadbir SK Seri Bintang Utara dalam perkhidmatan awam. Justeru, Kelab Guru & Kakitangan SKSBU telah berbesar hati merancang & menganjurkan Majlis Sanjungan Kasih & Lambaian Budi khas untuk beliau. Majlis diserikan dengan persembahan murid-murid, guru-guru & staff SKSBU. Majlis turut dimeriahkan oleh alunan suara Pn Noriah bt Hj Ismail (buat pertama kalinya di SKSBU) diiringi pentadbir & guru-guru SK Seri Bintang Utara. Turut hadir, suami dan anak lelaki Pn Hamisah. Pada sebelah tengaharinya, Pn Hamisah dan keluarga diraikan di majlis makan tengahari bersama warga SKSBU.
    Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Hamisah sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 27 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam. 
    Galeri gambar di sini.


  • Selasa 30 Jun 2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Siti Hanim binti Ismail, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid SK Seri Bintang Utara dalam perkhidmatan awam. Justeru, Kelab Guru & Kakitangan SKSBU telah berbesar hati merancang & menganjurkan Majlis Persaraan & Sanjungan Kasih khas untuk beliau. Majlis disambut secara sederhana demi memastikan kepatuhan kepada penjarakan sosial dan keperluan norma baru. Namun demikian, warga SKSBU bersyukur dapat berada bersama untuk menghargai jasa dan pengorbanan beliau sambil mengimbau kenangan memori lalu bersama.
    Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Siti Hanim sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 35 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam. 

    Buku program, video tribute dan galeri gambar akan menyusul...
  • Seluruh warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Noriah Bt Hj Ismail selaku guru besar yang baru menggantikan Puan Che Norizam Bt Abdullah serta Puan Noriyati Binti Pit sebagai Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menggantikan Puan Lily Rashimah yang bersara wajib pada bulan Oktober lalu.

  • 2 Januari 2019 - Pihak pengurusan dan warga guru SK Seri Bintang Utara mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Kepada murid-murid Tahun 1, selamat datang dan tahniah kerana menjadi warga SKSBU. Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru dengan semangat yang baru. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik. Tingkatkan usaha dan jaga penampilan agar SKSBU sentiasa kekal cemerlang sesuai dengan tagline sekolah "Committed Towards Excellence".

    Gambar sekitar hari pertama persekolahan di sinismile

    P/S : Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan jadual waktu kelas, sila layari laman VLE Frog Sekolah.
  • Warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat Kembali ke Sekolah!

    Walaubagaimanapun, selaras dengan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Seluruh Negara bertarikh 16 Januari 2021, sesi persekolahan 2021 akan bermula di dalam talian. 

    Untuk kemudahan dan rujukan ibu bapa / penjaga murid-murid SK Seri Bintang Utara, boleh merujuk pautan-pautan di bawah untuk melancarkan proses pembelajaran dalam talian (PDPR) anak-anak di rumah;

    Log masuk ke portal Delima KPM.
    Carian ID Google Classroom Murid SKSBU.
    Muat turun Jadual Waktu kelas PDPR.

    Ibu bapa / penjaga juga boleh berhubung dengan guru kelas anak-anak jagaan masing-masing mengikut saluran kumpulan aplikasi WhatsApp kelas.


  • Semakan tawaran kemasukan Pra Sekolah bagi sesi akademik 2024/2025 boleh disemak mulai 5 Ogos 2023 melalui pautan berikut  https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Bagi mengesahkan tawaran tersebut, ibu bapa/penjaga boleh mengisi pada google form  melalui  pautanhttps://forms.gle/9trGi1yatGgeXkgE9 . Link google form  ini akan dibuka sehingga 14 Ogos 2023 . Selepas daripada tarikh tersebut, jika tidak mengisi akuan penerimaan pada google form  tersebut, di anggap tidak menerima tawaran penempatan.

  • STAF AKADEMIK
    Bil Nama Jawatan
    1 Hajah Atnawati Binti Abu Hanipah GURU BESAR PPP DG10
    2 Suhaizan Bin Zainal Abidin PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PPP DG7
    3 Mohammad Nizam Bin Shamsudin PENOLONG KANAN HEM PPP DG10
    4 Jan Raafi Bin Jan Mohamad PENOLONG KANAN KOKU PPP DG12
    5 Abdullah Hakim Bin Abdul Rahman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    6 Afza Rawaida Binti Kamarudin PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    7 Ahmad Hambali Bin Khalid PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    8 Aimi Adhwa Binti Abdul Kadir PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    9 Ainul Huda Binti Abdul Halim PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    10 Anna Binti Amat PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    11 Aqilah Farhana Binti Roslan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    12 Erlina Nadiawati Binti Kassim PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    13 Farhana Anisah Bt Abd Rashid @ Azman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    14 Goh Li Tian PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    15 Hazirah Binti Seman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    16 Hu Pak Lim PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    17 J. Saira Banu Binti Jinnah PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    18 Mohamad Arshad Bin Mohamed Aslam PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    19 Mohd Faiq Bin Abdul Ghani PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    20 Mohd Faizudin Bin Romli PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (COS)
    21 Mohamad Fitri bin Mohamad Mokhtar PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    22 Mohamad Taufiq bin Jamal PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    23 Mohd Azwan Bin Abdul Wahab PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    24 Mohd Fuzaimi bin Azizan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    25 Mohd Syahir Bin Abd Wahab PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    26 Muhamad Hafiz Bin Idrus PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    27 Muhamad Hanafi Bin Mohamad Zaidi PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    28 Muhammad Affifuddin Bin Iskandar PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (COS)
    29 Muhammad Amirul Bin Mohd Zain PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    30 Muhammad Azzamuddin Bin Ahmad PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    31 Muhammad Hafiz Bin Muhamad Taufik PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    32 Muhammad Izuddin Bin Anuar PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    33 Muhammad Nadzrin Bin Anuwar PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    34 Nadiah Binti Has Bullah PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    35 Natashahelda Binti Mohd Yusof PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    36 Najwa Binti Murtadza PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (COS)
    37 Nazeerah Binti Nasir PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    38 Noraini Binti Mustafa PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    39 Nor’Aisyah Binti Mior Muhammad PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    40 Norsyuhada Binti Ismail PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    41 Noorasiah Binti Ab Rahman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    42 Noorlizah Binti Zainal PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG6
    43 Norizan Binti Talib PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    44 Nur ‘Aqilah Zulaikha Binti Zulkifli PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    45 Nur Aimah Binti Kassim PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    46 Nur Aishah Binti Abdul Jalel PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    47 Nur Amira Nabila Binti Kamaruddin PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (COS)
    48 Nur Atiqah Binti Yaakub PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    49 Nur Azyan Binti Aman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    50 Nur Alisa Binti Che Zaidi PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    51 Nur Alyaa Najihah Binti Zulkifli PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (COS)
    52 Nurfatini Syamimi Binti Ibnor Hajar PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 (INTERIM)
    53 Nur Hazwani Binti Mohd Radzi PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    54 Nurin Sarahah Binti Sofian PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    55 Nurul Alkariah Binti Mat Lela PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    56 Nurul Fatin Binti Mohd Azman PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    57 Santha Kumari A/P Thangavelu PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    58 Saurnneshwaran A/L Mugana Sundram PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    59 Sharifah Aida Norma Binti Tuan Chik PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    60 Siti Firza Binti Mohamad Marji PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    61 Siti Habsah Binti Md Shuid PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    62 Siti Mariam Binti Daud PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG7
    63 Sitti Nurbaya Binti Samsudin PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG12
    64 Umie Rosmizan Binti Zakaria PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9
    65 Wan Mohd Kamarul Bin Wan Daud PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    66 Wan Nor Amira Fateen Bt Wan Ahmad Fu-ad PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG10
    67 Zanita Binti Mat Ghani PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG6
    ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
    1 Suzana Binti Mohd Zain PEMBANTU TADBIR (P/O) N3
    3 Nurul Afza Binti Md Salleh PEMBANTU TADBIR (W) W2
    4 Yusriyati Binti Abdullah PEMBANTU TADBIR (P/O) N2
    5 Aziemah Binti Arif PEMBANTU TADBIR (P/O) N1
    6 Siti Zubaidah Binti Abd Rahim PEMBANTU PENGURUSAN MURID N2
    7 Siti Nurul Hasanah Binti Nasip PEMBANTU PENGURUSAN MURID N2
    8 Eidaryanty Binti Abdul Malik PEMBANTU KHIDMAT AM H1
  • Bil Nama Jawatan Alamat E-mel
    1  Noriah Bt Hj Ismail Guru Besar  gurubesar@sksbu.com
    2  Noriyati Bt Pit GPK T&K  noriyati@sksbu.com
    3  Mohammad Nizam Bin Shamsudin GPK HEM  nizam_s@sksbu.com
    4  Mazidah binti Mohamad Zalihan GPK Kokurikulum  mazidah@sksbu.com
    5  Ahmad Hambali Khalid Guru Penolong  hambali@sksbu.com
    6  Ahmad Nizam Yahya Guru Disiplin  ahmadnizam@sksbu.com
    7  Aimi Adhwa bt Abdull Kadir Guru Pendidikan Islam  aimi@sksbu.com
    8  Ainul Huda bt Abdul Halim Guru Penolong  ainulhuda@sksbu.com
    9  Aminah bt Jamaluddin Guru Penolong  aminah@sksbu.com
    10  Aniza bt Mahmod Guru Cemerlang  aniza@sksbu.com
    11  Anna Amat Guru Penolong  anna@sksbu.com
    12  Awatif Md Isa Guru Pendidikan Islam  awatif@sksbu.com
    13  Che Rahani Abdul Rahman Guru Penolong  rahani@sksbu.com
    14  Farhana Anisah Guru Pendidikan Islam  farhana@sksbu.com
    15  Fauziyah Mohamed Guru Pendidikan Islam  fauziyah@sksbu.com
    16  Goh Li Tian Guru Penolong  gohlitian@sksbu.com
    17  Hafizah Mohd Yusop Guru Penolong  hafizah@sksbu.com
    18  Hazirah Seman Guru Penolong  hazirah@sksbu.com
    19  Hu Pak Lim Guru Penolong  hu@sksbu.com
    20  J. Saira Banu  Guru Penolong  saira@sksbu.com
    21  Khairiati Bt Abu Hassan Guru Penolong  khairiati@sksbu.com
    22  Khairul Nazri Bin Mohd Yatim Guru Penolong  nazri@sksbu.com
    23  Lizalawati Marzuki Guru Penolong  lizalawati@sksbu.com
    24  Marzila Mustapa Delme Guru Pendidikan Islam  marzila@sksbu.com
    25  Mohamad Faiq Abd Ghani Guru Penolong  faiq@sksbu.com
    26  Mohamad Fitri Mohamad Mokhtar Guru Pendidikan Islam  fitri@sksbu.com
    27  Mohamad Taufiq Jamal Guru Penolong  taufiq@sksbu.com
    28  Mohd Fuzaimi Azizan Guru Penolong  fuzaimi@sksbu.com
    29  Mohd Muizzuddin Mohd Yatim Guru Pusat Sumber   muizzuddin@sksbu.com
    30  Mohd Ridzal bin Ismail Guru Bimbingan & Kaunseling  ridzal@sksbu.com
    31  Mohd Shahril Ibrahim Guru Data  shahril@sksbu.com
    32  Mohd Syahir Abd Wahab Guru Penolong  syahir@sksbu.com
    33  Muhamad Hafiz Idrus Guru Penolong  hafiz@sksbu.com
    34  Muhammad Naqib bin Ibrahim Guru Penyelaras Bestari  naqib@sksbu.com | gpb@sksbu.com
    35  Nadiah Has Bullah Guru Penolong  nadiah_hasbullah@sksbu.com
    36  Nalini Thangavelloo Guru Penolong  nalini@sksbu.com
    37  Natasha Helda Mohd Yusof Guru Penolong  natasha@sksbu.com
    38  Nik Nur Khalidah Nik Ahmad Saide Guru Penolong  khalidah@sksbu.com
    39  Noorasiah Ab Rahman Guru Pendidikan Islam  noorasiah@sksbu.com
    40  Noorlizah Zainal Guru Prasekolah  noorlizah@sksbu.com
    41  Noraini Mustafa Guru Pendidikan Islam  noraini@sksbu.com
    42  Norasyikin Bt Yaacob Guru Penolong  syikin@sksbu.com
    43  Norsyuhada Ismail Guru Penolong  norsyuhada@sksbu.com
    44  Nur Ain Nawwar Mohd Amin Guru Penolong  nawwar@sksbu.com
    45  Nur Aishah Ab Jalel Guru Prasekolah   nuraishah@sksbu.com
    46  Nur Atiqah Yaakub Guru Pendidikan Islam  atiqah@sksbu.com
    47  Nur Azyan binti Aman Guru Penolong  nurazyan@sksbu.com
    48  Nur Izzah Abd Tahrim Guru Penolong  izzah@sksbu.com
    49  Nuratikah Abu Samah Guru Pendidikan Islam  nuratikah@sksbu.com
    50  Nurul Alkariah Mat Lela Guru Penolong  nurul_alkariah@sksbu.com
    51  Rupazidah Mohd Zam Guru Penolong  rupazidah@sksbu.com
    52  Saraswathy Palasubramaniam Guru Penolong  saras@sksbu.com
    53  Sareah Arshad Guru Penolong  sareah@sksbu.com
    54  Sharifah Aida Norma  Guru Penolong  aida@sksbu.com
    55  Siti Firza Mohd Marji Guru Pendidikan Islam  firza@sksbu.com
    56  Siti Habsah Md Shuid Guru Penolong  habsah@sksbu.com
    57  Siti Mariam Daud Guru Penolong  sitimariam@sksbu.com
    58  Siti Noor Fatirah Binti Fadzil Guru Penolong  fatirah@sksbu.com
    59  Siti Nursyahiirah Bt Hasan Guru Penolong  syahiirah@sksbu.com
    60  Sitti Nurbaya Samsudin Guru Penolong  sittinurbaya@sksbu.com
    61  Siva Sanggari Ramalinggam Guru Penolong  siva@sksbu.com
    62  Syamil Irawan Ismail Guru Pendidikan Islam  syamil@sksbu.com
    63  Wan Mohd Kamarul Wan Daud Guru Penolong  wankamarul@sksbu.com
    64  Wan Nor Amira Fateen  Guru Pemulihan  amira@sksbu.com
    65  Wan Safiah Wan Waud Guru Penolong  wansafiah@sksbu.com
    66  Zahera Azlea Zaaba Guru Penolong  zahera@sksbu.com
    67  Zanita Mat Ghani  Guru Penolong  zanita@sksbu.com
     STAF  
    1  Suzana binti Mohd Zain Ketua Pembantu Tadbir  suzana@sksbu.com
    2  Mohd Nor Azly bin Idros Pen Peg Tek. Maklumat  itc@sksbu.com
    3  Noor Hashimah Md Nor Pembantu Tadbir  noor_hashimah@sksbu.com
    4  Siti Aishah Ilyani Bt Ibrahim Pembantu Prasekolah  siti_aishah@sksbu.com
    5  Siti Zubaidah Abd Rahim Pembantu Prasekolah  sitizubaidah@sksbu.com
    6  Norhayati Sameon Pembantu Tadbir  norhayati@sksbu.com
    7  Nik Shaharbee Bin Nik Yusoff Pembantu Tadbir  nik@sksbu.com
    8  Norfazuraizah Bt Iskhak Pembantu Tadbir  zura@sksbu.com
    9  Nurul Afza Bt Md Salleh Pembantu Tadbir  nurul@sksbu.com
    10  Mazlan bin Mustafa Pembantu Tadbir  mazlan@sksbu.com
  • Pada  8 Mei 2021 yang lalu, pihak sekolah telah menerima sumbangan Infaq Rezeki daripada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Agihan sumbangan ini telah dilakukan dengan kerjasama daripada pihak PIBG sekolah kepada yang memerlukan.

    Untuk melihat gambar selanjutnya boleh klik disini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

1027649
Hari IniHari Ini469
SemalamSemalam665
Minggu IniMinggu Ini2946
Bulan IniBulan Ini14463