SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

PIBG


  • 10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagramdan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.






  • Pada 21 Mei 2020, pihak Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Seri Bintang Utara bersama pentadbir SKSBU berbesar hati menyampaikan sumbangan  Tabung Prihatin Covid 19 Sempena Aidilfitri kepada keluarga yang memerlukan. Sumbangan diberikan termasuk bahan makanan asas, minuman dan sejumlah wang. Untuk makluman, sesi pada hari ini adalah rentetan penyampaian sumbangan yang telah dilangsungkan secara lawatan ke rumah dan pengambilan setempat. Pihak PIBG SK Seri Bintang Utara mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan seluruh warga SK Seri Bintang Utara kepada Tabung Prihatin Covid 19 PIBG SK Seri Bintang Utara. Pihak PIBG juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa dan sukarelawan terlibat yang telah mengembeling tenaga mendapatkan bekalan dan mengedarkan sumbangan kepada penerima sumbangan.
    Di kesempatan ini, pihak Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Seri Bintang Utara ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SK Seri Bintang Utara. Semoga Syawal ini penuh bermakna walaupun kelaianan norma.

  • 18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.

  • 19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.
  • 18 Januari 2019 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 18 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. 

  • Program permuafakatan Ibu Bapa bersama Guru Besar dan Guru-guru Tahun 6 telah diadakan pada 17/01/2020 (Jumaat). Tujuan program ini dilaksanakan untuk membina hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Program ini juga menjadi medium untuk menyampaikan target UPSR 2020 yang telah ditetapkan kepada para ibu bapa agar dapat bersama-sama membantu pihak sekolah mencapai sasaran tersebut. Penceramah terkenal iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah juga turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada ibu bapa yang hadir. Manakala murid-murid telah mendengar ceramah pengurusan masa yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG, penyumbang dana, serta para ibu bapa yang hadir atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan. Semoga keputusan UPSR pada tahun ini lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang lalu.
    Gambar program di sini. Video program di sini.

  • Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
    Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
    Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa. 
    Galeri gambar dan video program di sini.

  • 27 Apr 2019 - Tahniah Rumah Prouse (Ungu) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-55 yang berlangsung baru-baru ini.
  • 03 Mei 2019 -Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan. Hari Guru tahun ini disambut meriah dengan guru-guru memperagakan pakaian etnik antarabangsa. Acara bermula pada pukul 10.00 pagi dengan para guru berarak ke pentas untuk nyanyian lagu 'Guru Malaysia', bacaan ikrar dan pemotongan kek. Majlis diteruskan dengan beberapa buah persembahan nyanyian dari murid-murid dan guru. Beberapa anugerah telah disampaikan iaitu Kehadiran Penuh Guru Tahun 2018, Buku Rekod Mengajar Terbaik, Kehadiran Paling Awal dan Pakaian Tema Terbaik. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga menjadi inspirasi kepada guru-guru lain. Selesai majlis di Laman Bestari bersama murid-murid, agenda seterusnya adalah sesi jamuan dan bertukar-tukar hadiah antara guru.

    Tahniah juga kepada staf sekolah yang bertukar keluar atas kenaikan pangkat sebagai ketua kerani iaitu Puan Monalisa Bt AG Besar. Semoga terus maju di tempat baru. Beliau turut diraikan dalam majlis pada hari ini.

    Galeri Foto di sini.

  • 18 Jun 2019 (Selasa) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah yang dibawa oleh warga sekolah terutamanya murid-murid. Turut memeriahkan sambutan apabila PIBG berbesar hati menyumbang makanan berupa ayam goreng pada hari berkenaan. Kemeriahan hari raya dirasai dengan adanya hiasan pentas bertemakan keindahan beraya di suasana kampung. Terima kasih kepada Cikgu Faiq dan pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyiapkan hiasan tersebut. Selesai sesi di sebelah pagi bersama murid, di sebelah petang pula, satu sesi jamuan 'Rumah Terbuka' telah diadakan dengan jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu dan Guru Besar sekolah-sekolah berhampiran. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua yang sudi meluangkan masa. 

    Lihat kemeriahan suasana Hari Raya di sini.
  • Semakan tawaran kemasukan Pra Sekolah bagi sesi akademik 2024/2025 boleh disemak mulai 5 Ogos 2023 melalui pautan berikut  https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Bagi mengesahkan tawaran tersebut, ibu bapa/penjaga boleh mengisi pada google form  melalui  pautanhttps://forms.gle/9trGi1yatGgeXkgE9 . Link google form  ini akan dibuka sehingga 14 Ogos 2023 . Selepas daripada tarikh tersebut, jika tidak mengisi akuan penerimaan pada google form  tersebut, di anggap tidak menerima tawaran penempatan.
  • Pada  8 Mei 2021 yang lalu, pihak sekolah telah menerima sumbangan Infaq Rezeki daripada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Agihan sumbangan ini telah dilakukan dengan kerjasama daripada pihak PIBG sekolah kepada yang memerlukan.

    Untuk melihat gambar selanjutnya boleh klik disini.


  • Pautan Sumbangan Tabung Covid-19 PIBG SK Seri Bintang Utara http://gg.gg/PIBGSKSBUPrihatin2

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

1020685
Hari IniHari Ini371
SemalamSemalam517
Minggu IniMinggu Ini770
Bulan IniBulan Ini7499