Sempena dengan norma baharu, Jawatan Kuasa Bulan Kebangsaan SK Seri Bintang Utara melancarkan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 secara dalam talian. Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah akan diadakan bermula dari 16 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 . Sambutan pada kali ini adalah kolaborasi antara tiga panitia iaitu panitia sejarah , panitia pendidikan seni visual dan panitia muzik. Antara aktiviti yang disusun untuk murid adalah seperti berikut :
Prasekolah: Mewarna Tahun 1: Mewarna Tahun 2: Pertandingan Tiktok Busana Kebangsaan Tahun 3: Penghasilan Senjata Pahlawan Kecil Tahun 4: Pertandingan Mereka fesyen busana tradisional Tahun 5: Pertandingan Slaid Busana Tradisional Pelbagai Kaum Tahun 6: Pertandingan mereka cipta tanjak
Untuk menonton video pelancaran Bulan Kebangsaan ke 64 peringkat sekolah, boleh ditonton disini .