- Details
- Written by Muhammad Izuddin
- Category: Ucapan Guru Besar
- Hits: 1605
Salam Sejahtera dan Salam Wilayahku Hebat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”.
Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan program-program kecemerlangan sekolah untuk dilaksanakan. SK Seri Bintang Utara telah berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2019 dengan harapan SK Seri Bintang Utara akan terus menempa kecemerlangan.
Harapan saya, SK Seri Bintang Utara terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha"
(NORIAH BT HJ. ISMAIL)
Guru Besar,
SK Seri Bintang Utara,
Taman Shamelin Perkasa,
KUALA LUMPUR
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Ucapan Guru Besar
- Hits: 4658

- Hits: 2300
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN”.
Tahniah dan syabas, dengan semangat kerjasama serta pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada serta program-program kecemerlangan yang mantap, SK Seri Bintang Utara telah berjaya melonjakkan keputusan UPSR 2017. Semoga UPSR 2018 juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang InsyaAllah. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2018 dengan harapan SK Seri Bintang Utara akan terus menempa kecemerlangan.
Harapan saya, SK Seri Bintang Utara mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
"Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari, jangan ditangguh sehingga esok” Pepatah Arab