SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Mengenai Kami
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Wilayahku Hebat.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana  dengan taufik  dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.


Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”.

Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan  program-program kecemerlangan  sekolah untuk dilaksanakan.  SK Seri Bintang Utara telah berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2019 dengan harapan SK Seri Bintang Utara akan terus menempa kecemerlangan.


Harapan saya, SK Seri Bintang Utara terus menghasilkan  sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

“Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang  hebat,
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha"


(NORIAH BT HJ. ISMAIL)

Guru Besar,
SK Seri Bintang Utara,
Taman Shamelin Perkasa,
KUALA LUMPUR
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

1047771
Hari IniHari Ini39
SemalamSemalam397
Minggu IniMinggu Ini3143
Bulan IniBulan Ini14934