Reading Rocks Programme Sem 1/2018
- Details
- Written by Hafizah Yusop
- Category: Blog
Program Reading Rocks merupakan satu program khusus untuk memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKSBU. Pelaksanan program ini bersifat pertandingan di mana bilangan buku terbanyak yang dicatatkan di buku Nilam akan diberi penghargaan mengikut aliran.
Justeru itu, satu majlis pemberian tropi dan lencana untuk pembaca terbanyak setiap aliran untuk Semester 1/2018 telah diadakan pada 9hb Julai 2018.
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:
Tahun 1 : Nur Eryna Keysha Binti Mohd Hafiz (1 Cemerlang)
Tahun 2 : Puteri Khalisa Zahra Binti Mohd Hisham ( 2 Bestari)
Tahun 3 : Kushalini A/P Jason Rao (3 Bestari)
Tahun 4 : Hussein Bin Hakim (4 Bestari)
Tahun 5 : Roobananthan A/P Paramananthan ( 5 Inovatif)
Tahun 6 : Elly Mazlin Binti Mohd Zamir (6 Bestari)
Pencapaian Murid - Panitia Pend Islam dan Bahasa Arab
- Details
- Written by Noorasiah Abd Rahman, Hafiz Tamizi
- Category: Blog
14 Apr 2018 - SKSBU terus pamer kecemerlangan. Adik Hana Batrisyia dan Muhammad Afham yang muncul Johan dalam kategori masing-masing dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) di peringkat zon yang lalu meneruskan kecemerlangan semasa bertanding di peringkat negeri. Adik Hana Batrisyia mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan negeri bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Muhammad Afham muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori Hafazan. Pertandingan telah diadakan pada 14 april (Sabtu) bertempat di SK Kiaramas. Tahniah diucapkan!
Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Festival Kesenian Islam (Peringkat Kebangsaan SBT) anjuran SK Convent Taiping, Perak. Festival ini melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh negara yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Seri Bintang Utara di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan Kalam Jamaie, Nyanyian Arab dan pertandingan Bercerita. Berikut adalah pencapaian sekolah dalam festival tersebut :
Pertandingan | Pencapaian | |
1. | Kalam Jama'ie | Emas ke-3 |
2. | Nyanyian Arab | Perak pertama |
3. | Bercerita | Emas ke-4 |
Tahniah diucapkan atas pencapaian yang ditunjukkan. Kejayaan hanya akan terhasil melalui latihan dan usaha keras yang sudah tentu menuntut pelbagai pengorbanan. Syabas dan Tahniah!
Lihat foto yang lain di sini.
Pekhemahan Kecemerlangan Lencana Pengakap Kanak-Kanak
- Details
- Written by Nalini Thangavelloo
- Category: Blog
10 Apr 2018 - Pada 6 dan 7 April 2018 yang lalu, seramai 96 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lembah Pantai,Pen.Pesuruhjaya Cheras atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU !
Galeri gambar di sini.
(Guru-guru atau sesiapa sahaja yang mempunyai gambar simpanan peribadi berkaitan perkhemahan ini boleh berkongsi gambar tersebut melalui google photos yang disediakan)